Terapi Berkumpulan
Early Intervention Program
Perkhidmatan
SMART RISE THERAPY CENTER menawarkan program intervensi awal yang dirancang khas untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 6 tahun, memberikan mereka asas kukuh demi menjalani kehidupan yang baik dan berdikari. Dengan pilihan sesi 2, 3, atau 5 hari seminggu selama 3 jam setiap sesi (pagi/petang) atau sesi sehari penuh, program ini fleksibel untuk memenuhi keperluan keluarga anda.
Pembangunan
Program ini dibangunkan oleh pasukan profesional bertauliah yang terdiri daripada Ahli
Terapi Cara Kerja, Ahli Fisioterapi, Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa, dan Ahli Psikologi Klinikal. Kepakaran mereka memastikan setiap kanak-kanak mendapat pendekatan yang komprehensif dan disesuaikan.
Fokus
Fokus utama program adalah untuk membangunkan pelbagai kemahiran penting, termasuk motor halus dan motor kasar, kemahiran urus diri, pra-akademik, komunikasi,
dan sosialisasi. Setiap aktiviti dirancang untuk menggalakkan perkembangan optimum
kanak-kanak dalam suasana yang menyeronokkan, berstruktur, dan penuh sokongan.
Inpirasi
Di SMART RISE THERAPY CENTER, kami tidak hanya menyediakan terapi, tetapi juga
inspirasi bagi membantu anak anda berkembang, mencapai potensi penuh mereka, dan jati diri semakin bersinar dengan penuh keyakinan.
After School Program
Keperluan
SMART RISE THERAPY CENTER memperkenalkan program selepas sekolah yang
dirancang khas untuk kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun, sama ada daripada aliran
perdana atau pendidikan khas. Dengan pilihan fleksibel sesi 2, 3, atau 5 hari seminggu
selama 3 jam setiap petang, program ini direka untuk melengkapkan keperluan harian
anak anda sambil menyokong perkembangan mereka secara holistik.
Program
Program ini dikembangkan oleh pasukan profesional bertauliah termasuk Ahli Terapi Cara Kerja, Ahli Fisioterapi, Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa, dan Ahli Psikologi Klinikal. Kepakaran mereka memastikan pendekatan yang menyeluruh dan bersesuaian dengan keperluan unik setiap kanak-kanak.
Penekanan
Penekanan diberikan kepada pembangunan pelbagai kemahiran penting seperti
perkembangan fizikal, urus diri, pra-akademik/akademik, pra-vokasional, komunikasi,
dan sosialisasi. Aktiviti yang dirancang bukan sahaja membantu memperkasakan
kemahiran asas, tetapi juga meningkatkan keyakinan diri anak anda dalam persekitaran
yang menyeronokkan, interaktif, dan penuh sokongan.
Peluang
Dengan SMART RISE THERAPY CENTER, setiap petang menjadi peluang untuk anak
anda belajar, berkembang, dan cemerlang—membantu mereka bersedia untuk
menghadapi cabaran hari esok dengan penuh keyakinan dan kebolehan!
Terapi Individu
Sokongan
Program ini direka dengan rapi untuk memenuhi keperluan unik setiap kanak-kanak, tidak kira peringkat usia mereka. Dengan disokong oleh pasukan profesional bertauliah termasuk Ahli Terapi Cara Kerja, Ahli Fisioterapi, Ahli Terapi Pertuturan-Bahasa, dan Ahli
Psikologi Klinikal, kami menyediakan pendekatan yang berpusatkan individu untuk
memastikan hasil yang terbaik.
Penilaian
Setiap kanak-kanak akan menjalani penilaian atau saringan menyeluruh bagi mengenal pasti tahap kemahiran dan perkembangan mereka. Proses ini penting untuk memahami keperluan spesifik mereka dan merangka pelan terapi atau intervensi yang disesuaikan sepenuhnya. Dengan pendekatan ini, kami memastikan bahawa setiap sesi terapi dirancang untuk memaksimalkan potensi anak anda, sambil memberikan sokongan yang konsisten dan berkesan.
Suasana
Di SMART RISE THERAPY CENTER, kami percaya bahawa setiap kanak-kanak berhak
untuk berkembang dan mencapai kebolehan mereka sepenuhnya. Dengan suasana yang menyokong, pendekatan profesional yang terbukti, dan dedikasi kami terhadap
kejayaan anak anda, Klinik Terapi Individu kami adalah langkah pertama ke arah
perubahan positif yang bermakna dalam hidup mereka!
Terapi Carakerja (OT)
Setiap orang berhak menjalani kehidupan bermakna. Terapi Carakerja (OT) akan membantu dalam memgoptimumkan kemampuan anak anda untuk menjalani aktiviti harian seperti ke sekolah, bermain, atau menikmati hobi, terutama selepas kecederaan, penyakit, atau kecacatan. Dengan pendekatan berasaskan bukti, OT menumpukan pada pemulihan fungsi fizikal, mental, dan sosial, bukan sahaja pada anak, tetapi juga pada penjaga demi memastikan anak anda boleh mengatasi batasan dan menikmati kehidupan yang lebih berkualiti dan bermakna.
Fisiotrapi (PT)
Fisioterapi (PT) adalah langkah ke arah kehidupan yang lebih aktif, bebas kesakitan, dan penuh keyakinan! Melalui pendekatan berasaskan pergerakan, senaman, dan teknologi fizikal – membantu mengatasi pelbagai cabaran fizikal, yang terakibat daripada kecederaan atau penyakit pada sistem muskuloskeletal, saraf, jantung, paru-paru, dan hormon.
Terapi Pertuturan
Tidak dinafikan, komunikasi merupakan elemen penting bagi setiap kanak-kanak sebagai saluran utama untuk berinteraksi dan berkembang. Terapis Pertuturan akan menggunakan teknik berasaskan bukti untuk membantu mengatasi masalah sebutan, pemahaman bahasa, dan kebolehan komunikasi. Dengan intervensi profesional ini, anak anda pasti dapat berinteraksi dengan tahap yang maksimum sekaligus membina
keyakinan diri ketika berada di khalayak ramai.
Psikologi
Rakan yang setia dan profesional dalam perjalanan menuju kesejahteraan diri. Klinikal Psikologi adalah kunci untuk membuka pintu kepada keseimbangan emosi sendiri, pemahaman diri, dan kesihatan mental yang lebih baik. Ia bukan hanya tentang rawatan, tetapi juga perjalanan penuh makna untuk mencapai kehidupan yang lebih bahagia dan sangat berkualiti.