- KENALI KAMI
Siapakah Kami?
Kami memahami bahawa setiap anak adalah unik dan istimewa. Kerana itu, kami menyediakan intervensi awal dan rehabilitasi komprehensif yang dirancang khas untuk memenuhi kerluan anak anda, sama ada mereka anak tipikal atau berkeperluan khas.
Sesi terapi kami boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan, bergantung pada apa yang terbaik untuk anak anda. Setiap program, dirancang dengan penuh teliti untuk memastikan anak anda bukan sahaja mendapat terapi yang berkesan, tetapi juga menikmati setiap sesi dalam suasana yang menyeronokkan dan menyokong.
Pasukan kami terdiri daripada ahli terapi bertauliah yang berdaftar di bawah Akta Sains
Kesihatan Bersekutu (Akta 774), guru pendidikan khas yang berdedikasi, dan pengendali
terlatih yang sentiasa mengutamakan keperluan anak anda. Dengan kepakaran mereka, kami memastikan setiap langkah diambil untuk membantu anak anda mencapai potensi terbaik mereka.
Di sini, kami komited untuk menyediakan terapi berasaskan bukti saintifik dalam persekitaran yang mesra kanak-kanak, selamat, dan penuh kasih sayang. Kami percaya bahawa setiap anak berhak mendapat peluang untuk berkembang, belajar, dan bersinar dalam apa jua keadaan.
Jika anda mencari tempat yang bukan sahaja profesional, tetapi juga peduli dan memahami keperluan anak anda, SMART RISE THERAPY CENTER adalah jawapannya.
Bersama kami, mari bantu anak anda melangkah ke hadapan dengan keyakinan dan
kegembiraan!