
Pavilion Bukit Jalil, 15-16 Mac 2025 – Smart Rise Therapy Center telah mengambil bahagian dalam Early Childhood Education Expo (ECEE) 2025 dengan membuka booth di Pavilion Bukit Jalil Exhibition Centre.
Penyertaan julung kali ini bertujuan untuk menampilkan perkhidmatan yang ditawarkan kepada umum serta berkongsi maklumat berkaitan sokongan dalam perkembangan minda dan kemahiran komunikasi kanak-kanak.
Menurut wakil Smart Rise Therapy Center, pameran ini menjadi peluang terbaik untuk mendekati ibu bapa dan pendidik, selain memberikan pemahaman yang lebih mendalam tentang kaedah serta pendekatan yang dapat membantu anak-anak mencapai potensi mereka.

Sepanjang dua hari pameran, pengunjung diberikan penerangan terperinci serta akses kepada pelbagai sumber dan kaedah sokongan pendidikan awal yang ditawarkan oleh pusat terapi tersebut.